50 Ideas For Writer Block

writer_block
Sebagai seorang blogger, ketandusan idea nak update blog ni memang tak boleh nak lari dah. Perasaan nak update blog memang ada tapi idea tu takde, tu yang jadi tak best tu. I pun selalu je rasa macam tu, and I rasa blogger-blogger lain pun selalu rasa macam tu. At least I bukan sorang-sorang heh.
So meh kite bagi 50 idea untuk uolls kasi update uolls punya blog tuh.
1. Tempat makan yang best. Food junkie mesti suka.
2. Love story. Bunyi macam annoying, I know. Tapi biasa ramai je yang suka baca kisah gini. Macam mana korang boleh jumpa dengan your husband/wife dulu and end up being together tuh.
3. Resepi. Ada resepi best? Share je dalam blog walaupun simple yang amat walaupun resepi pasal ‘Cara buat telur dadar’.
4. Buat cerita pendek/cerpen/puisi/sajak/novel.
5. Macam mana boleh start buat blog, inspirasi dari blogger mana.
6. Buat lah review pasal movie/drama/novel.
7. Buat video pasal makeup, walaupun makeup yang natural.
8. Buat / join giveaway atau mana-mana segmen.
9. Vacation. Pernah pergi mana dengan family tak pun kawan-kawan, story je. Mana tau ada yang tertarik nak pergi sana.
10. Fesyen. Uolls suka fesyen yang jenis macam mana dan kenapa.
11. Favorite apps dalam smartphone uolls. Contohnya mudah.my or mana-mana apps yang best.
12. Story pasal course yang uolls tengah study sekarang ni.
13. About Me.

 

14. Struggle dalam study/kerja/perkahwinan.
15. Share pasal aktiviti outdoor yang selalu korang buat and happening.
16. DIY pasal anything yang simple dan menarik.
17. Tip penjagaan kulit muka/ badan. Bagi kurus ke hilang parut jerawat ke.
18. Share story pasal binatang peliharaan korang tak kira lah kucing ke iguana ke ular ke.
19. Cerita zaman kanak-kanak berhingus. Mesti best imbau kenangan dulu-dulu.
20. Crush crush and crush. Dia handsome ke cantik ke bijak pandai ke.
21. Shopping complex kegemaran korang.
22. Tempat percutian or bulan madu yang uolls nak pergi sangat-sangat.
23. Tips and tricks. Contohnya macam susunan perabot dalam bilik or ruang tamu. Or warna cat yang sesuai mungkin. Or tip dalam dunia blog ni.
24. Tutorial blog. Kalau tutorial tu dari blog lain, kredit lah dekat blog tu.
25. Ranting. Story pasal isi hati. Your blog kan. Heh.

 

26. Pasal family. Berapa orang adik-beradik, relationships uolls macam mana rapat ke idok. Macam mana uolls spend time together.
27. Event. Pernah join mana-mana event untuk para blogger or artis ke apa, boleh lah share dalam blog.
28. Blogger-blogger favorite korang.
29. Kebaikan/keburukan. Contoh macam baik buruk Facebook etc.
30. Buat tutorial pasal tudung ke shawl.
31. Video kegemaran dalam YouTube.
32. Teletah anak-anak uolls. Share pasal anak-anak memang boleh buat kita happy sangat.
33. Jenama favorite. Levis ke Gucci ke. Pandora ke.
34. Quote.
35. Habits uolls. Good and bad habits.
36. Lagu favorite korang. Wonderwall ke Patah Seribu ke, eh tu lagu favorite I lah.
37. Something yang romantik yang uolls harap your husband/wife/girlfriend/boyfriend akan buat untuk uolls. Wee wee weee.

 

 

38. Untuk blogger perempuan, share lah pasal benda yang wajib uolls letak dalam handbag bila keluar, contohnya boyfriend sorang lagi. Ok fine, itu bukan something.
39. Share pasal diet yang uolls amalkan.
40. Pasal blog. Macam mana uolls dapat idea pasal template blog uolls.
41. Perubahan. Dari single ke marriage. Dari gigi tak tersusun terus cantik bila pakai braces.
42. Produk yang uolls guna. Tak kira makeup ke pencuci muka ke makeup remover ke. Bagi pendapat pasal tu.
43. Buat review pasal YouTube’s favorite uolls.
44. Buat satu entri ‘Kenapa Tak Berminat Dengan Facebook’ atau ‘Kenapa Obses Dengan Twitter’ dan yang sewaktu dengannya.
45. Ciri-ciri yang patut ada pada bakal suami/isteri uolls.
46. Buat entri pasal kontroversi artis ke model yang famous.
47. Aktiviti seharian ke apa. Boleh buat diari dah blog uolls.
48. Kisah cinta yang terputus di tengah jalan tak sempat nikah tunang bagai and sebab apa boleh putus. Parent tak bagi restu ke, ada orang ketiga ke, taraf hidup beza jauh ke apa.
49. Buat entry challenge tak kira la untuk 10 hari ke 30 hari.
50. Your favorite band and genre muzik, rock or jiwang habisan pengaratan ke apa. Heh. And buat lah list lagu bandar or penyanyi favorite uolls tu.
So tu dia. Kalau tak tahu nak update pasal apa dalam blog tu, ambiklah idea-idea kat atas ni. Heh.
See you soon.